Posts

Gamuda Umum Naikkan Gaji Minimum Graduan, Pekerja Asing Mulai 1 Mei

    Logo: GAMUDA PELUANG KERJA | Gamuda Bhd melaksanakan semakan semula dasar gaji minimum dalamannya membabitkan pekerja asing dan graduan berkuat kuasa 1 Mei 2022 dengan gaji minimum pekerja asing syarikat kejuruteraan, hartanah dan infrastruktur itu dinaikkan kepada RM1,600 daripada RM1,200. Gamuda dalam kenyataan media pada 23 Mac 2022 menjelaskan turut menaikkan gaji peringkat kemasukan membabitkan graduan baharu kepada RM3,500 berbanding RM3,300 bagi jurutera dan daripada RM3,000 kepada RM3,200 bagi graduan bukan jurutera. Syarikat itu berkata dasar kumpulan yang lama wujud ialah menyediakan penginapan kepada pekerja asing di Kuarters Buruh Berpusat (CLQ) yang dibina khas tanpa kos. Katanya, CLQ itu mempunyai spesifikasi reka bentuk standard untuk memastikan tenaga kerjanya ditempatkan dengan selesa dan selamat dengan akses kepada kemudahan seperti dapur umum, dobi, kedai runcit dan kemudahan perubatan serta kemudahan rekreasi seperti gelanggang futsal. "Kami yakin melalui p
Recent posts